18
Feb
07

kehilangan

thn ni sy kehilangan banyak bende dah..dari benda2 kecik sampai sebesar2 brg.hilang ‘best’fren(yg paling sy sayang)..hilang thumbdrive *1 GIG*..hilang jeans *favourite*…adoi~..rasa nak pusing2 pale cam merry-go-round lah plak.walaupun dah beli gantinya,tp perasaan tu x sama mcm yg lama.buat masa ni duit je yg belum hilang (tp bende2 yg hilang tu harus diganti ya..dan ia bukan PERCUMA)–>jadinya disini bole diconsiderkan duit pun terbang sekali *sigh*

terbaru..pencil case plak hilang..camne kisahnye yer..pagi tu bangun lambat (sebab test PP malam sebelumnya dipostpone sejam dan tidak amik dinner dgn sempurna menjadikan hatiku sakit amat,lantas tido dengan rasa tidak puas ati+tak niat pun nk bangun awal keesokan hari)

bila bangun lambat, teringat yg sudah ponteng 2x klas JURISPRUDENCE..pendekkan cerita sy pun pergi klas itu sambil membawa pencil case sekali,kenapa cerita ni jadi starting point?sebab itu kali terakhir i saw that pencil case.

habis klas juris, turun cafe sambil lepak2 ngan fish, fariz, shehan and tara..bila pukul 2 masing2 pegi tutorial and dah x ingat bawak sekali ke tak.lepas pegi tuto land,baru perasan yg pencil case dah hilang.tanya2 shehan ngan tara..diorg pun tak tau.tp diorg nampak gak bende alah tu ada atas meja cafe.lepas tuto,pusing2 cafe (kalau cukup 7 kali mcm tawaf dah) pun x jumpa.

pendekkan cerita..itulah barang milikan sy yg terbaru sekali hilang.dlm tu ada 2 btg pilot shaker…pen2 comel n dakwat best..sayangnye~~nasib baik lip balm body shop yg paling sy suka pakai takde dlm tu (walaupun selalunya ada) jadi nilai keseluruhan brg yg hilang agak tak bape mahal.

jadi semalam sy pegi carrefour mid valley dan beli satu set barang+pencil case yg baru (gamba pooh) dan membayar wang ygt agak banyak kepada akak cashier sambil berharap biarlah ni kali terakhir hilang pencil case.kalau bole sampai grad.

(untuk rujukan rekod,sepanjang kat uia dari okt 2003, ni kali ke3 hilang pencil case)

kandungan pencil case yg terbaru..beberapa batang pen,pemadam,liquid,magic colour…dan 2 batang pilot shaker jugak (to LUTFI AMRI kalau terbaca blog ni,nasib baik sy x buat gila beli double,kalau x…kena beli 4 batang kan.hehe)

harap2 lepas ni…jangan la ada sakit hati dengan KEHILANGAN lagi…x sanggup dah…..




5 Responses to “kehilangan”


  1. 1    Adlan February 18, 2007 at 9:34 am

    hm.. x igt if i’ve any pencil case.. too many stuff to carry around.. slip in pocket suda..

  2. 2    Am February 18, 2007 at 3:02 pm

    Ah, ini Lutfi Amri yang terbaca blog memberi komen.

    Itu la, ingatkan akan mendouble kesemua benda yang hilang, yang juga bermaksud menghilangkan 2 kali ganda duit. Tapi, kalo dah pensil case Pooh, yg saya assume bukan dijual kat pasar malam, dan dilekat gambar Pooh sekadar menarik hati kanak-kanak sahaja, tetapi (baca perkataan ini dengan nada Daud tarik dalam debat) Pooh yg branded, sure la abis duit banyak gak kan.

  3. 3    Am February 22, 2007 at 5:50 pm

    Takpe2. Lain kali kalo hilang lagi pensil case (untuk kali ke 4, bab lagu Flop Poppy - ‘Hampir setiap kalinya tak jemu-jemu…+untuk hilang’), maka carilah pensil case yang tak berjenama, dan isi dengan pen kilometrico berharga kurang dari RM1, dan masukkan nombor telefon dalam tu, InsyaAllah kalau hilang, akan dijumpa balik (atau kalau nak beli double benda yang sama pun, tak la banyak duit diguna).

  4. 4    Am February 22, 2007 at 5:50 pm

    Ah, berjaya jugak post. Itu hari dia reject tulis panjang2 sebab dia ingat spam.

  5. 5    Ailana February 23, 2007 at 10:13 pm

    hehe…tahniah ye am kerana berjaya mengepos dan terima kasih kerana memberikan saya petua (dan pemuda) yang begitu berguna…=p

Leave a Reply